Wednesday, March 23, 2011

IM A WIFEY! =)


Alhamdulillah.. lebih kurang jam 5.30 petang, 12 Mac 2011 aku selamat menjadi isteri kepada suami tersayang (auwww).. memang syahdu habis sebab aku mmg ratu air mata di kalangan ahli keluarga.. rasa lega sangat-sangat lepas majlis ijab qabul.. rasa bsyukur sangat sebab apa yang dirancang berjalan dengan baik.. biasa lah cacat cela di celah-celah perancangan yang dah dibuat tu.. a big thanks to mama, ngangah, ngadik & all family’s member yang sama-sama membantu dalam memastikan majlis berjalan lancar.. So, kat mana aku nak start dulu eh..? macam-macam dalam kepala ni nak tulis dengan tujuan apa saje ingatan pasal wedding ni aku memorikan satu-satu.. hehe..

PREPARATION FOR SOLEMNIZATION DAY (11 MAC 2011)


Pagi-pagi dah sibuk bahagikan tugas.. nak tak nak aku kene drive jugak ke temerloh sebab supersista the second dah tak cukup kaki & tangan nak buat semuanya.. lagi pulak dia sekolah.. takkan nak tunggu habis waktu sekolah baru gerak.. dgn keizinan mama, aku kena drive dgn ditemani superkazen the saree.. haha.. pagi tu jugak katerer datang nak pasang khemah.. gambar2 semua mmg tak de lah.. lupe nak amik.. haha.. tengah2 stress macam-macam bende tak setel lagi, katerer ni boleh plak nak deal lagi dgn supermom tukar kaler kanopi.. hek ele.. aku dah hangen gile kan.. awal2 aku dah bitau aku nak kanopi all white.. tak de kaler merah ke kuning ke ape ke.. dia boleh plak cakap lawa ni combine kaler marron white bla bla siap tunjuk gambar.. aku dah tarik muka gegila.. supermom kata tunjuk lah apa yang aku nak kat dorang.. time tu jugak aku google apa yang aku nak & terus tunjuk kat dorang.. “saya nak yang macam ni..” terdiam katerer.. aku blah & setelkan hal lain.. hehe..


Petang pulak dah penat gile tapi inai tak pakai lagi.. fine.. terus bagi tugas-tugas kat supersistas & the saree dah ready nak pakaikan inai.. oh ye! Stok inai dapat dari makcik-makcik pembuat inai di kampung bangau, temerloh.. banyak & terlebih cukuplah untuk suami isteri pakai.. bila dah pakai inai, OMG susah gile nak buat kerja semua tapi nasib baik supersistas & superkazens ada utk siapkan semuanya.. i lurve u lah korang!


Malam, masih pakai inai hehe tapi dah kena kemas-kemas bilik pengantin.. kawan sekolah rendah, ita & her niece datang nak tolong apa-apa yang patut.. bagus dia ni.. straight 3 hari dia datang umah walaupun tak de apa sgt nak buat.. hehe.. dia lah yang tolong kemaskan bilik pengantin siap jahitkan sarung bantal yang terlebih besar & pasang cadar katil semua-semua lah bersekali dengan supersista the third.. dalam masa yang sama, OV – Syahiran Sukardi pon sampai.. makan-makan & bincang-bincang then dia pon balik resort (cerita pasal vendors akan ada di siri yang lain.. hehe).. lepas tu basuh inai yang oh-tak-berapa-merah-sangat tu & buat macam-macam benda yang lain.. jam 10.00 pm, kak aida masih tak sampai utk pasang pelamin.. rileks lagi tengok tv & buat macam-macam, jam 11.00 OMG aku dah start cuak tapi boleh rileks lagi, jam 12.00 am cuak gile sebab superfiance nak mms gambar2 hantaran yang mana satu apa pon tak siap lagi sebab kak aida tak sampai-sampai.. aku call OMG tak dapat plak.. wow masa tu dah berdegup kencang jantung ni.. try call dia banyak kali & sms tapi no reply.. last-last teringat pakcik driver yang hantar barang-barang buat pelamin kelmarin & call dia tanya kak aida mana.. hehe.. dia kata kak aida dah odw & aku lega.. Tengah malam pulak, buat mesyuarat keluarga sebab baru dapat kumpul semua orang dalam rumah.. tu pon pak long’s family tak sampai lagi tapi mesyuarat kena terus jugak.. plan nak tido jam 1.00 am tapi tak leh sebab mesyuarat pon abes jam 1.30 am.. lepas tu kena topup inai nak bagi merah menyala lagi.. dalam mase yang sama hati berdebar sebab kak aida & team tak sampai lagi.. dalam jam 2..00-3.00 am cmtu, kak aida sampai.. team dorang buat kerja sampai pagi & aku plak dipaksa tido oleh supersistas.. rasa mcm princess pon ada.. HAHAHA..

Bersambung...............

No comments:

Post a Comment