cuti tahun baru maal hijrah yang lepas aku jalan-jalan lagi.. fine.. asal cuti mesti jalan.. yelah, bile lagi kan.. aku bgtau superfiance yg dia kena sabar semua ni.. haha.. memula aku plan banyak tempat yang aku nak pergi.. tapi bile tengok balik jadual perjalanan tu macam tak logik.. haha.. so, superfiance cadangkan pergi tempat yang bebetul perlu & sempat & mesti siapkan segalanya aritu jugak.. baik boss!! =)
kitorang menuju ke cheras.. haha.. yang ni lawak sebab aku tersalah tengok peta sehari sebelum tu.. dengan konfiden aku bgtau superfiance.. dah lah lalu sampai 3-4 tol.. hamik skali.. nasib baik superfiance tak marah.. chomsss sgt!! (sebab tak marah.. haha) sebenarnya hala tuju adalah ke bandar mahkota cheras.. misi adalah nak mencari door gift.. aku dah survey-survey merata di online, kedai ini adalah yang paling munasabah harganya.. beza sehingga RM3-RM5 jika dibandingkan dengan harga online yang lain.. aku memang banyak menghabiskan masa cari barang-barang online sahaja sebab senang - klik klik, cari dan beli.. hehe.. kat kedai tu, aku dah mula rambang mata, sebab banyak barang yang chomel-chomel.. tapi akhirnya, aku dapat juga barang yang aku nak.. memula rasa tak nak beli dulu sebab rasa mcm awal tapi lepas tu terfikir nanti kali kedua datang ntah-ntah barang tu tak de stok, dah abis segala macam negatif lah yang aku fikir, last-last lepas superfiance yakinkan aku untuk beli, zassss aku terus beli.. done utk doorgift sanding utk superfiance's family & kawan-kawan..
* antara pilihan door gift yang ada *
* antara pilihan kotak-kotak chomel yang ada *
* tadaaa ~ door gift setel!! =) *
lepas ke cheras, kitorang menuju ke jalan chow kit.. tujuan adalah satu untuk mencari paper bag dgn harga yang munasabah juga.. maklum lah, aku bakal pengantin budget jadi aku harus tau nak gunakan budget yang ada dengan sebaik-baiknya.. ihikss.. jalan-jalan pastu hilang fokus kejap sebab mata dah pandang benda lain tapi lepas kena sergah dengan superfiance (tipu gile sergah ingat hantu ke.. hehe) aku fokus semula dan tadaaa! jumpe paper bag yang berkenan.. tapi stok tak cukup plak.. so, kena order & awal januari akan datang amik.. yeay! done for paper bag doorgift~
* jalan-jalan cari paper bag *
* ok, dah konfius pulak kan.. *
jalan-jalan lagi nak survey barang kemas untuk hantaran.. wow cakap barang kemas macam full set dari subang gelang tangan rantai leher bengkung gelang kaki pulak kan.. hehe.. kitorang menuju ke ampang.. ok, habib tengah sale.. harga emas sekarang RM157 utk segram.. mahal gilsss.. tapi, habib buat promosi RM151 utk segram.. tengok-tengok dan terjumpa satu gelang yang aku berkenan.. ok fine sebenarnya superfiance yang tunjuk gelang tu.. hehe.. tapi cantik kat mata aku.. fikir-fikir patut beli tak.. aku dah mula keluar masuk kedai emas sejak forever tapi tak beli-beli sebab rasa mcm patut ke tak nak beli.. sekali lagi superfiance yakinkan aku untuk beli je.. sebab lepas ni tak tau harga emas cmne yang pasti harga tak kan turun dan aku tetap akan keluar masuk kedai emas kalau tak beli-beli lagi.. hehe.. jadinye, dengan yakin kami beli.. aku pon dah suke dengan gelang tu.. superfiance pon dah sedia nak bayarkan.. hehehe.. ok, done utk barang kemas hantaran! superyeay di situ ye kawan-kawan..
* gambar bajet dari aku.. hahaha.. *
ok, lepas berendam air mata sebab duit banyak habis aritu, kitorang pegi makan-makan kat naili's.. lepas puas hati semula, kenyang, pulang ke rumah dan tido dengan senyuman.. hehehe..
No comments:
Post a Comment