aku ada seorang superfiance. dia baik hati, dia suka melayan aku, dia segala-galanya dan dia boncit. hahaha (dah puji harus kena ada kutuk sket-sket kan) tapi aku sayang dia. aku selalu cakap dgn dia kalau dia nak ada perempuan lain (haruslah secara logik sampai bila-bila dia tak kan cakap. haha), sila lah beritau aku. sebab leh aku buat benda yang sama jugak (errkk? ada perempuan lain jugak ke..? :P) antara aku & superfiance yang selalu buat hal iaitu menggetik dan merajuk bagai adalah aku. ye, aku lah tu yang cengeng. sampai satu tahap aku rase dia pon dah malas layan. tapi aku tak peduli jugak sebab aku sellfish.. haha. dialah jugak org yang bertanggungjawab menyebabkan badan kami sihat walafiat seperti belon panas besarnya. masa mula-mula berchenta dulu, hari-hari dia bawak aku makan sedap. yelah, org berchenta kan. haha.. skali, hamik kau. nak turunkan kilo - berangan lah kan. yang boleh buat, redha jelah! =)
superfiance jugak org yang suka berlari-lari. dia suka ajak aku bersukan. tapi, aku selalu bagi alasan-alasan yang munasabah untuk aku elakkan diri dari berlari-lari. haha. tapi kadang-kadang kena ikut jugak bila keinsafan melanda (senang cerita bila rasa perut macam org prgenant 4 bulan) tapi kebanyakkannya alasan untuk tidak akan berlari lah. hehe.. kadang-kadang superfiance boleh menjadi seorang yang garang (dengan definasi aku sendiri) kalau ade ape-ape yang aku buat tak menepati kesukaan dia. kadang-kadang dia boleh menjadi seorang yang penuh kejutan (yang ini aku suka! well, women love suprises~ hehe) kadang-kadang dia boleh jadi moody, diam je tak bercakap. kadang-kadang dia boleh menjadi sangat becok, cerita dengan aku macam-macam. kadang-kadang dia boleh jadi kamus/ensiklopedia utk aku yang kurang ilmu ni. dan yang paling selalu dan setiap masa adalah dia seorang yg penyayang gitu. ihiks (gelak gedik sket).. aku paling suka bila dia pegang tangan aku bila kitorang jalan sama-sama. aku suka bila dia tolong pegangkan apa saja kat tangan aku (kecuali handbag la - aku mesti bawak sendiri sbb tak suka tgk dia bawak rase mcm aku queen control pulak) bila kitorang keluar sama-sama. aku suka bila dia buat tarian dia yang sewel tu, bila dia panggil nama aku dengan gaya yang paling annoying & macam-macam lagi. tapi yang paling jarang adalah menjadi seorang yang pemarah (yang ni aku selalu kot! haha) aku rase kalau dia pemarah jugak, dah lama perang je idup kitorang ni. yang lain-lain macam org lain yang biasa jugak. berchenta, kaseh sayang, majuk, gaduh sket-sket, kecik hati. tapi aku selalu (dalam hati jela.. hehe) nak dia berhenti merokok! haha.. tetibe. tak dela, kadang-kadang aku selalu (again - dalam hati.. hehehe) nak dia mcm romantik sket. dia jarang sgt begitu. tapi, sebenarnya aku dah bersyukur sgt dah aku jumpa superfiance untuk hidup sama-sama sampai akhir hayat kitorang. pada aku, he's everything =)
p/s : aku selalu arap world cup cepat-cepat habis sebab aku nak attention superfiance hanya kat aku. bukan kepada bola yang bulat tu. haha
No comments:
Post a Comment