aku & superfiance dah settled satu lagi hal kawen! super yeay kat situ.. kami dah buat HIV test tengahari tadi kat poliklinik seri kembangan. aku tak tau prosedur kat lain-lain klinik, tapi prosedur utk HIV test kat klinik ni sgt mudah.. call untuk buat appointment, datang bersama pasangan or single pon boleh rasanye, isi borang, amik no & tunggu nama anda dipanggil.. aku & superfiance buat semua tu tak sampai setengah jam dah siap & dapat result.. jangan tanya cmne result sebab sudah tentu-tentu negatif.. haha.. lepas ni boleh fokus utk penyediaan borang kahwen plak.. phewww~ *lega di situ* oh ye! tak de sebarang bayaran dikenakan & anda cuma perlu bawak kad pengenalan sahaja. jika korang berada di sekitar seri kembangan / putrajaya / serdang yang tengah mencari klinik untuk buat HIV test, call 03-89455929 utk appointment.. selamat kena cucuk kat tangan! hehehe

* bilik ujian dibuat *

* lari dari tajuk - kasut pompuan tu lawa & aku suke kasut merah.. hehehe *
No comments:
Post a Comment