aku ade kawan baik. yg tak layak dipanggil kawan baik namun layak dipanggil kawan yg sgt-sgt baik. sgt-sgt. hehe (kalau lah dia tau pasal blog ni).. aku kenal dia mase zaman belajar lagi. zaman hingusan di universiti. zaman pakai baju besar. seluar besar. tudung senget. bongek. buruk gile dowh dulu (bajet skang lawa ke..? hahahaha).. aku ingat mase mula-mula baik dgn dia, kitorang tengah baca surat khabar, pastu dia ckp ngan aku "eh, muka ayah aku sama mcm dia ni.. dia pun keje kat sini.." sambil tunjuk keratan pasal abu bakar kassim.. bongek. sebenarnya tu ayah dia.. haha.. macam-macam yg kitorang buat sama-sama masa zaman 'u' dulu.. aku sgt-sgt suka zaman tu kecuali bab boyfriend la.. sbb aku failed part tu.. haha.. yang lain semua lulus. yeay! aku suke.. =)
banyak bezanya aku dengan kawan baik ni. dia hitam aku putih. dia gemok aku kurus. dia tinggi sket aku pendek sket. dia rajin aku malas.. hahaha.. *mampos aku!* tapi yang sama antara kitorang adalah perasaan yang aku pon tak tau nak cakap cmne. banyak sgt benda yang kitorang lalu sama-sama yang aku tak leh nak cerita detail sebab terlampau banyak! pernah jugak berangan sama-sama satu hari nanti kalau kitorang tak kawen, kitorang akan amik anak angkat dan duduk di kondo mewah. bongek. lagi satu angan-angan nak bukak taska sama-sama. aku tak tau la tercapai ke tak. sebab kitorang bias terhadap kanak-kanak comel dan kurang comel dalam definasi kitorang sendiri. haha. dari zaman degree sampai zaman dia amik master dan aku start kerja, dia jugak yang banyak tolong aku. walau pon masa tu aku dah kerja, tapi 'u' tetap menjadi rumah kedua sebab dia duduk kat kolej dan mempunyai kereta bewarna merah darah yg sgt berguna.
zaman kerja pulak, aku maseh lagi selalu lepak umah dia. tapi kitorang selalu rasa diri cam dah tua-tua so, kitorang salu lepak kat umah je makan-makan tengok tv borak-borak gelak-gelak lepas tu terbongkang tido. lepas macam-macam kisah selepas beberapa versi, tahun 2008, dia pon akhirnya berkahwen dgn budak lelaki yang dia kenal dari zaman 'u'.. yeah! budak lelaki itu bro aku.. (bro dalam definasi kitorang sendiri.. hehe) ok. part ni sedih sebab dari zaman muda-muda kitorang selalu berangan akan berada di samping masing-masing sekiranya kitorang berkahwen. tapi malangnya masa dia kahwen aku dalam kursus yg suxs giler! aku syahdu gile sebab masa dia akad nikah aku kat court bola jaring tgk orang main bola jaring! apakah? itu sgt suxs aku rase sebab aku sgt nak tengok masa dia nikah. aku rasa sgt tak best sebab kursus suxs tu aku tak dapat tolong dia banyak dalam preparation kahwen dia. aku rasa sgt suxs! tapi aku happy sebab akhirnya dia bahagia dengan husband dia yang dulunya kurus kering sekarang dah boncit. haha..
aku pulak.. lalu macam-macam kesah bongek dalam misi pencarian lelaki yang boleh dijadikan hero dalam idup aku ni. dan dia la yang tadah telinga dengar cerita-cerita bongek aku pasal cinta. haha. serius mmg bongek sebab aku degil so, ceritanya haruslah bongek kan. sampai la aku jumpe superfiance aku ni. (aku syg superfiance. muah!) *iklan kejap* hehe.. tapi, nak tunggu superfiance ckp "mari kita kahwen" atau "will u marry me?" sgt lama sampai la akhirnya bau-bau nasi minyak kelihatan, si kawan baik ini jugak (termasuk mak dia yg baik) yang banyak tolong dalam nak menyiapkan majlis tunang aku dan superfiance (dah la aku tak sempat nak tolong dia banyak-banyak masa preparation wedding dia) dan buat pertama kalinya dia sampai jugak ke kampung permai aku masa majlis tu dulu. hehe.
sekarang dia pregnant. bila pregnant dia gemok. aku suka sebab aku tak dela nampak gemok sorang-sorang. (owh ye! akibat umur, kami semua telah berkembang dengan bijaknya!) dan bila pregnant, haruslah dia mengidam. dan hari tu dia cakap dia mengidam nasi ambeng si jujub dan cik kamal. aku sebagai kawan baik yg teringin nak membalas berguni-guni kebaikan dia dari dulu cuba untuk memenuhi impian dia. dan berjaya! sejuk perut aku tgk dia makan dengan lahapnya. hahaha. bajet aku lak yg mengandungkan dia. dan aku harap tiz zaqyah dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat walafiat hendaknya. (aku panggil baby dalam perut dia tiz zqyah dgn harapan baby tu nanti muka cam tiz zqyah. haha)
inilah sedikit cerita aku dan kawan baik yang banyak memainkan peranan dalam 10 tahun aku merangkak dalam kehidupan yang pancaroba ini. cewah! =)


* dua orang budak gila *
No comments:
Post a Comment